Quick View.

Thursday, June 10, 2010

~Cinta~


Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun yg turun dari langit, bersih & suci. Cuma tanahnyalah yg berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yg tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong & lain2 perkara yg tercela. Tetapi jika ia jatuh kpd tanah yg subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yg tinggi & lain2 perangai yg terpuji. -Hamka-

Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Wednesday, January 6, 2010

TEMPAYAN RETAK


Bagaimana kita menilai diri sendiri? sejujurnya apa ukuran kita kepada diri? Kita rasa diri sempurna? Atau rasa diri serba kekurangan? Rasa rendah diri menghalang kita untuk mencapai cita-cita atau mendekati orang yang anda cinta?
Benarkah jika ada yang tidak sempurna, kita tidak mampu untuk mencari kelebihan lain dalam diri.
Benarkan kita harus meratapi kekurangan dan menumpukan kepada kelemahan hingga kita rasa tidak berguna..
Kalau itulah anggapan kita pada diri, kita menghukum tanpa mengizinkan potensi diri diselongkar...

Hayatilah...
Kita semua umpama tempayan retak.....
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar; masing-masing tergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya.

Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air.

"Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur.Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya."

"Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita.Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri.Kita semua adalah tempayan retak.Allah Maha Bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita."

belajar untuk menerima kekuatan disebalik kekurangan dan perbaiki kesilapan lalu semoga masa depan lebih cemerlang’

Cinta Rabi'ah Al-Adawiyah


Rabi'ah Al-Adawiyah merupakan seorang wanita waliyullah.Wanita yang solehah ini bersuamikan juga seorang lelaki yang soleh.Tetapi rumahtangganya tidak kekal lama kerana beberapa lama kemudian suaminya dipanggil menghadap Illahi.

Dikisahkan bahawa setelah suaminya meninggal,maka Hassan Al-Basri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan mereka dipersilakan masuk.

Kemudian ditutupnya tabir dan ia duduk di belakangnya seraya berkata:
"Siapa yang paling pintar di kalangan kamu maka ia adalah suami saya."

Maka mereka menjawab : "Hassan Al-Basri "

Rabi'ah berkata : Bila kamu dapat menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."

Hassan segera berkata : "Tanyakanlah semoga aku dapat menjawabnya."

Rabi'ah bertanya : "Apabila ku mati dan keluar dari dunia,apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?"

Hassan menjawab : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun mengetahui kecuali Allah ."

Rabi'ah bertanya lagi : "Bila aku terletak di liang kubur dan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir,Apakah aku nanti akan dapat menjawab atau tidak ?"

Hassan menjawab : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun mengetahui kecuali Allah ."

Rabi'ah bertanya lagi : "Apabila manusia telah dikumpulkan di hari kiamat,diberikan kepada mereka catatan amalnya masing-masing,apakah dengan tangan kananku atau tangan kiriku aku menerima catatan amalku?"

Hassan menjawab : "Itupun barang ghaib juga."

Lalu Rabi'ah berkata : "Wahai Hassan,barangsiapa yang tidak dapat menjawab pertanyaanku,jangan berfikir untuk dapat mengahwiniku."

Kemudian Rabi'ah bertanya untuk kali terakhir : "Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?"

"sepuluh bahagian untuk lelaki dan satu bahagian untuk perempuan."Jawab Hassan.

Rabi'ah bertanya lagi: " dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian.Sembilan bahagian untuk perempuan dan satu bahagian untuk lelaki."

Rabi'ah berterus-terang : "Hai Hassan,aku seorang perempuan,dapat menguasai sembilan syahwat dengan hanya satu bahagian akal sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan bahagian akal yang kamu dapat."

Akhirnya keluarlah Hassan dari rumah Rabi'ah Al-Adawiyah tanpa diterima pinangannya.

Cinta,pengorbanannya dan pergantungannya sangat tinggi kepada Allah swt.Seluruh jiwanya diserahkan kepada khaliq pemilik dirinya.Dia,wanita solehah yang dipilih Allah yang banyak baktinya kepada Allah swt,kuat beribadah,terlalu cinta syurga dan merindui Allah ,takutkan neraka sehingga mengukir syair-syair yang indah mengisahkan percintannya dangan pemilik diriNya.

"Ada dua cinta dalam diri,
Cinta rasa dan cinta Haq,
Cinta rasa bila berdepan dengan-Mu,
Dan cinta Haq bila hijab terbuka,
Dan kulihat wajah-Mu."

Antara D0a Rabi'ah :

"Tuhanku,apa saja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berkenaan dunia,berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan akhirat yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berkenaan akhirat,berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya hendakkan Engkau kini.Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka,aku hanya ingin pandangan Engkau padaku saja.Doaku padamu ialah sepanjang hayatku.Berilah aku kiranya dapat mengingatiMu apabila matiku kelak,berilah aku dapat memandangMu."

Amat jauh kita ketinggalan dalam perjalanan hidup ini.Sungguh sangat tak terbanding cinta kita dengan cinta Rabi'ah Al-Adawiyah.Sungguh belum mencukupi selawat tanda cinta kita pada Rasulullah dan para sahabat.Saat kaki terus berdiri untuk terus berjihad menuju akhirat,namun musuh dunia terus membelenggu dalam jiwa kita.Kesusahan dan penderitaan yang zahir lebih diutamakan walhal kesusahan yang mendalam dalam jiwa adalah didikan tarbiyah untuk mendekati cinta Hakiki yang lebih utama.Ilhamkanlah kami secebis cinta Rabi'ah Al-Adawiyah..Tuntunlah kami ke jalan ketaqwaan..Jalan penuh onak duri dan ujian penderitaan namun jalan yang terang dan meyakinkan PencintaMu...Ya Rabbul a'lamin..

Jaga Bahasa Anda


Apabila ingin meluahkan ketidakpuasan hati terhadap mana-mana topik atau komen yang dipaparkan dalam Scripters ini, jagalah bahasa anda. Tidak perlulah mencaci dan mengeluarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat. Perkataan dan ayat yang sederhana sahaja pun sudah memadai untuk orang lain memahami apa yang cuba anda sampaikan. Setakat pedas, orang lain boleh makan lagi tetapi kalau sudah kotor, jangankan nak telan, nak suap ke dalam mulut pun dah tak dapat. Yang pasti sama ada dibuang atau dibiarkan sahaja. Jika begitu, maksud tersurat dan tersirat yang cuba anda sampaikan pasti tidak kesampaian.

Semua pembaca boleh memahami dan berfikir. Semua ada akal. Setakat bertentangan pendapat itu perkara biasa tapi tidak perlulah disulami dengan kekesatan perkataan. Komenlah dengan kesederhanaan tanpa perlu mendabik dada. Hilang kemanisan perbincangan apabila anda mengeluarkan kata-kata yang kasar dan kesat. Lebih-lebih lagi apabila membicarakan hal-hal keagamaan.

Saya pun masih banyak kekurangan namun tidak salah jika kita saling mengingatkan kawan-kawan yang terlupa. (Banyak makan semut kot...)

Bangsa yang cemerlang.


“…..Kalau engkau kaya pemurahlah, tolonglah orang susah. Kalau engkau ditakdirkan miskin sabar dan tabahlah. Kedua-dua golongan ini disukai Allah. Tuhan redha, Tuhan suka, Dia beri pahala
Kalau engkau pemimpin, rendah dirilah, disukai Allah. Jadikanlah dirimu ibu dan ayah.Ciri-ciri pemimpin itu laksana ibu dan ayah
Engkau akan disukai, engkau akan disayangi dan dihormati. Kalau engkau berilmu jadilah obor.
Masyarakat mendapat pimpinan daripada cahaya ilmumu. Engkau mendapat pahala, Tuhan redha
Kaum atau bangsa maju dan berjaya.
Kalau engkau pemuda, berilah tenaga untuk agama dan bangsa. Tenagamu sangat diperlukan oleh bangsa dan Negara .Jangan hanya habiskan masa terbuang sia-sia .Agama, bangsa, negara rugi tidak ada pembela
Kalau engkau pemudi jadilah pemalu dan bersopan..Agar kamu tidak merosakkan pemuda-pemuda bangsa.Jika mereka rosak, rosaklah bangsa.Rosak bangsa semua kita rugi dan kecewa….”

Fikir-Fikir kan


kalau anda fikir anda masih Islam...bacalah
...kalau tidak......Allah saja yang tahu...


Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca ... tu mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yang percaya DUNIA hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar DUNIA"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan REALITY.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????


Wallahuaallam
Nota: Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.