Quick View.

Wednesday, January 6, 2010

Cinta Rabi'ah Al-Adawiyah


Rabi'ah Al-Adawiyah merupakan seorang wanita waliyullah.Wanita yang solehah ini bersuamikan juga seorang lelaki yang soleh.Tetapi rumahtangganya tidak kekal lama kerana beberapa lama kemudian suaminya dipanggil menghadap Illahi.

Dikisahkan bahawa setelah suaminya meninggal,maka Hassan Al-Basri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan mereka dipersilakan masuk.

Kemudian ditutupnya tabir dan ia duduk di belakangnya seraya berkata:
"Siapa yang paling pintar di kalangan kamu maka ia adalah suami saya."

Maka mereka menjawab : "Hassan Al-Basri "

Rabi'ah berkata : Bila kamu dapat menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."

Hassan segera berkata : "Tanyakanlah semoga aku dapat menjawabnya."

Rabi'ah bertanya : "Apabila ku mati dan keluar dari dunia,apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?"

Hassan menjawab : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun mengetahui kecuali Allah ."

Rabi'ah bertanya lagi : "Bila aku terletak di liang kubur dan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir,Apakah aku nanti akan dapat menjawab atau tidak ?"

Hassan menjawab : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun mengetahui kecuali Allah ."

Rabi'ah bertanya lagi : "Apabila manusia telah dikumpulkan di hari kiamat,diberikan kepada mereka catatan amalnya masing-masing,apakah dengan tangan kananku atau tangan kiriku aku menerima catatan amalku?"

Hassan menjawab : "Itupun barang ghaib juga."

Lalu Rabi'ah berkata : "Wahai Hassan,barangsiapa yang tidak dapat menjawab pertanyaanku,jangan berfikir untuk dapat mengahwiniku."

Kemudian Rabi'ah bertanya untuk kali terakhir : "Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?"

"sepuluh bahagian untuk lelaki dan satu bahagian untuk perempuan."Jawab Hassan.

Rabi'ah bertanya lagi: " dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian.Sembilan bahagian untuk perempuan dan satu bahagian untuk lelaki."

Rabi'ah berterus-terang : "Hai Hassan,aku seorang perempuan,dapat menguasai sembilan syahwat dengan hanya satu bahagian akal sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan bahagian akal yang kamu dapat."

Akhirnya keluarlah Hassan dari rumah Rabi'ah Al-Adawiyah tanpa diterima pinangannya.

Cinta,pengorbanannya dan pergantungannya sangat tinggi kepada Allah swt.Seluruh jiwanya diserahkan kepada khaliq pemilik dirinya.Dia,wanita solehah yang dipilih Allah yang banyak baktinya kepada Allah swt,kuat beribadah,terlalu cinta syurga dan merindui Allah ,takutkan neraka sehingga mengukir syair-syair yang indah mengisahkan percintannya dangan pemilik diriNya.

"Ada dua cinta dalam diri,
Cinta rasa dan cinta Haq,
Cinta rasa bila berdepan dengan-Mu,
Dan cinta Haq bila hijab terbuka,
Dan kulihat wajah-Mu."

Antara D0a Rabi'ah :

"Tuhanku,apa saja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berkenaan dunia,berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan akhirat yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berkenaan akhirat,berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya hendakkan Engkau kini.Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka,aku hanya ingin pandangan Engkau padaku saja.Doaku padamu ialah sepanjang hayatku.Berilah aku kiranya dapat mengingatiMu apabila matiku kelak,berilah aku dapat memandangMu."

Amat jauh kita ketinggalan dalam perjalanan hidup ini.Sungguh sangat tak terbanding cinta kita dengan cinta Rabi'ah Al-Adawiyah.Sungguh belum mencukupi selawat tanda cinta kita pada Rasulullah dan para sahabat.Saat kaki terus berdiri untuk terus berjihad menuju akhirat,namun musuh dunia terus membelenggu dalam jiwa kita.Kesusahan dan penderitaan yang zahir lebih diutamakan walhal kesusahan yang mendalam dalam jiwa adalah didikan tarbiyah untuk mendekati cinta Hakiki yang lebih utama.Ilhamkanlah kami secebis cinta Rabi'ah Al-Adawiyah..Tuntunlah kami ke jalan ketaqwaan..Jalan penuh onak duri dan ujian penderitaan namun jalan yang terang dan meyakinkan PencintaMu...Ya Rabbul a'lamin..

No comments:

Post a Comment