Quick View.

Wednesday, January 6, 2010

Jaga Bahasa Anda


Apabila ingin meluahkan ketidakpuasan hati terhadap mana-mana topik atau komen yang dipaparkan dalam Scripters ini, jagalah bahasa anda. Tidak perlulah mencaci dan mengeluarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat. Perkataan dan ayat yang sederhana sahaja pun sudah memadai untuk orang lain memahami apa yang cuba anda sampaikan. Setakat pedas, orang lain boleh makan lagi tetapi kalau sudah kotor, jangankan nak telan, nak suap ke dalam mulut pun dah tak dapat. Yang pasti sama ada dibuang atau dibiarkan sahaja. Jika begitu, maksud tersurat dan tersirat yang cuba anda sampaikan pasti tidak kesampaian.

Semua pembaca boleh memahami dan berfikir. Semua ada akal. Setakat bertentangan pendapat itu perkara biasa tapi tidak perlulah disulami dengan kekesatan perkataan. Komenlah dengan kesederhanaan tanpa perlu mendabik dada. Hilang kemanisan perbincangan apabila anda mengeluarkan kata-kata yang kasar dan kesat. Lebih-lebih lagi apabila membicarakan hal-hal keagamaan.

Saya pun masih banyak kekurangan namun tidak salah jika kita saling mengingatkan kawan-kawan yang terlupa. (Banyak makan semut kot...)

No comments:

Post a Comment